Why Mommy?

Apa dosa bayi perempuan ini?

Oleh Rizanizam Abdul Hamid
pengarang@utusan.com.my

MELAKA 10 Feb. – Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?

Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid di sini.

Tidak diketahui sama ada ada bayi itu masih bernyawa ketika ditinggalkan di situ. Apa yang pasti, badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.

Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.

Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya.

Sudah tiga hari berturut-turut kes yang hampir sama berlaku. Kelmarin, mayat bayi perempuan ditemui tertanam di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan semalam, seorang bayi ditinggalkan di hadapan rumah seorang pegawai polis di Kedah.

Penemuan terbaru awal pagi ini, cukup mengejutkan seluruh penduduk Kampung Permatang Duyong di sini.

Ketika ditemui, bayi yang cukup sifat itu hanya dibalut dengan sehelai kain putih.

Bilal masjid yang datang menunaikan solat Subuh merupakan orang pertama menjumpai mayat bayi itu yang pada mulanya disangka gumpalan baju.

Mohamad Abu, 60, berkata, dia ternampak gumpalan kain putih di atas lantai berhampiran pintu pagar kira-kira pukul 5.30 pagi.

“Saya tidak berapa perasan kerana keadaan ketika itu gelap. Saya ingat ia hanya baju putih yang mungkin dibawa angin dan terjatuh di situ.

“Ketika itu, saya tidak mempedulikan kain putih tersebut kerana hendak menunaikan solat Subuh,” katanya ketika ditemui pemberita di Masjid Jamek Permatang Duyong, hari ini.

Sebaik sahaja selesai solat, dia dikejutkan oleh jeritan seorang rakannya yang memberitahu ada mayat bayi perempuan di atas lantai berhampiran pagar masjid.

Mohamad yang bergegas keluar, terkejut apabila melihat mayat bayi yang dibaluti kain putih itu dihurungi semut.

“Saya betul-betul tidak sangka kain putih yang saya lihat tadi rupa-rupanya digunakan untuk membalut bayi,” katanya.

Dia kemudiannya segera menghubungi polis dan memaklumkan mengenai penemuan mayat bayi perempuan di masjid berkenaan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Salehhudin Abd. Rahman ketika dihubungi mengesahkan kejadian tersebut sambil memberitahu, polis sedang berusaha mengesan ibu bapa bayi berkenaan.

“Mayat bayi malang itu dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat bagi mengetahui punca kematian.

“Sehingga kini, belum ada tangkapan dilakukan. Siasatan lanjut sedang dijalankan untuk mengesan ibu bapanya termasuk mendapatkan rekod kelahiran daripada hospital dan klinik-klinik kerajaan serta swasta,” katanya.

Tambahnya, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan menyebabkan kematian.

———————————————————————————————————————–

Dear Mommy,

What did I ever do to you to deserve this? Did I cause too much pain to you coming to this world? Was the morning sickness unbearable? Was the contractions and backache caused you to hate me this much? I’m sorry mommy I kicked you a little bit too hard while I was in your tummy. But I thought you liked it. I thought the somersaults and the kung fu gave you joy and happiness. I thought wrong.

Did you know many mommies out there cried seeing my picture on the front page of the newspaper? Many daddies out there wanted to punch daddy’s face for his guts. Oh by the way, where is daddy? Didn’t he want me either? Why mommy, why?

Whatever it is, I still love you coz you are the only person I know. I didn’t have the chance to meet grandma, grandpa but I’m sure I’ll love them as much if I met them. Oh, did they even know about me? I  also want to thank you for being my home for the last 40 weeks of my life. I was comfy inside your tummy. If I knew, I wouldn’t want to come out.

I guess this is goodbye. I’ll be seeing you soon in the world after. Maybe then I’ll have my answers. Till we meet again, may you have a long peaceful life. Please think of me every step of the way.

Love,

Your un-named Daughter

 

-Pu3-

(who cried while writing this entry)

Advertisements

8 thoughts on “Why Mommy?

  1. pastu letak kt masjid…mmg sah baby tu muslim…konon nak suruh tanam cara Islam la tu…ntah, kat sini plak, budak 15 yrs old dah ada anak bederet2, tapi tak pun diorg buang anak2 tu…

  2. Mcm mana boleh sampai hati tinggalkan baby tu kan? bernyawa ke tak bernyawa ke. I can’t even stand a minute without my baby. Just imagine kalau baby tu nangis2 kesejukan masa dia tinggalkan. sampai nya hati…

  3. Betul Pu3, I read the news and its really aching inside. Poor baby girl. Then read ur blog, exactly what the baby will said. Masyaalllah, kejam sangat. Looking at my baby girl, I fell so helpless to this poor baby. Knowing right after birth, my baby cried all nite long for feeding and cuddle (even now), and she has me just to do that. What about her and other baby yg dibuang, dibunuh dgn kejam. May one day, whoever did this will feel the same pain or even worst. What can we do to prevent this.. (cried while read your entry)

    • I pun terfikirkan my baby bila baca tgk these kind of stories.

      What we can do to prevent..I hope my entry is being read by people out there, supaya jangan buat if they are thinking of doing it. Just my lil effort to make the world a better place.

      Maybe the other thing is mendidik anak2 kita sendiri to be good person in the future. InsyaAllah.

  4. Hmm..rasanya teenagers yang termengandung nih..Takpelah diorang perlakukan dengan kejam baby diorang sendiri..Kat sana kelak,ada balasan yang menanti..iskh..benci sungguh dengan manusia berhati binatang…:(

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s